Monday, 13 August 2018

Trip to Sabah

Assalamualaikum semua..

Kali ni nak cerita tentang perjalanan ke Sabah. Jalan-jalan di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Pertama kali menjejakkan kaki di Sabah amatlah teruja dan seronok untuk diterokai oleh semua. Semoga mendapat manfaat dan rujukan untuk semua yang teringin mengunjungi Negeri Sabah. Trip kali ni hanya pi bertiga, saya, my mom and my dad.

Perjalanan kali ini bercuti sambil berseminar. Seminggu di Sabah tidaklah cukup untuk cover semua tempat di Sabah. Namun, beberapa tempat-tempat menarik sempat dilawati dan dikunjungi akan dibebelkan dalam post kali ini. Dinasihatkan semua untuk membuat jadual percutian/perjalanan atau dikenali itinerary plan. Bukan apa, memudahkan perjalanan dan tidak membazir masa yang berkualiti bersama keluarga. "Time is Gold, Don't Waste It".


Sebelum ke Sabah, dinasihatkan untuk menyewa kereta sebab senang pergerakan dalam Sabah. Nak ke Kota Kinabalu, Kundasang, Taman Gunung Kinabalu dan sekitarnya senang sikit. Tapi, kalau hanya nak berjalan dalam bandaraya Kota Kinabalu, pi Filipina market ka, makan seafood ka, walking distance dekat-dekat dan kalau sakit kaki atau malas nak jalan, naiklah grabcar or teksi. :)

First day, naik flight from Penang to Kota Kinabalu hari Sabtu  pagi sebab nak jalan-jalan sebelum seminar berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada hari Isnin. Sampai airport terus ambil kereta sewa MyVi dengan MRB Ventures Sdn Bhd. Harga amat berpatutan dan murah untuk tiga orang dan tiga hari. Then, memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu City, singgah di Masjid Negeri Sabah di Sembulan, Kota Kinabalu untuk solat Zuhur dan Asar. Design dan architecture masjid cantik dan tersergam indah lain daripada masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Jangan lupa melawat yer!!

Lepas solat, terus ke bandaraya Kota Kinabalu untuk check-in Pantai Inn Hotel, berdekatan Gaya Street (Jalan Gaya). Parking kereta tak banyak dalam town, so kalau boleh park satu tempat dan walking saja around bandar tu. Disebabkan Sabah terkenal dengan Pasar Gaya setiap Hari Ahad, so, kami plan untuk ke Pasar Gaya dulu pada hari Ahad sebelum ke tempat lain. Lepas check in hotel, lapaq plak dah. Keluaq cari makan dekat Pasar Besar Kota Kinabalu. Semangat nak pi makan dekat Todak Waterfront, tapi tak bukak lagi masa pukul 4 petang. So, jalan-jalan pi Filipina Market (Pasar Filipina). Pusing punya pusing, jumpa kedai makan deret2 belakang market tu, disebabkan lapaq dan malas nak tunggu pukul 6 untuk Todak Waterfront bukak, so apalagi makan la dekat situ, ada ketam, sotong, udang, ikan..  Harga pon boleh tahan la, pandai tawaq dapatlah murah. Lobster besaq tapak tangan weh.. Lepas makan, balik rehat hotel. Penat pusing filipina market dan KK Plaza.


Second day, Hari Ahad. Bangun awal pagi jalan-jalan di Pasar Gaya. Keluar hotel terus nampak khemah-khemah Pasar Gaya (Gaya Street), dekat betul dengan hotel. Pasar Gaya terkenal dengan barang-barang tradisional dan diusahakan oleh orang tempatan di Negeri Sabah. Peniaga-peniaga dari daerah-daerah lain turut serta dan disebabkan itulah ramai pelancong datang melawat. Macam-macam ada, seperti di pasar tani semenanjung Malaysia. Pasar Gaya hanya bukak hari Ahad saja taw, hari lain tak bukak. Aturlah perjalanan supaya dapat bershopping di Gaya Market, dah mai jauh-jauh kan, singgahlah sebentar untuk meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.




Lepas tawaf Jalan Gaya dan sarapan di salah satu kedai di Jalan Gaya (makan nasi kuning), kami teruskan perjalanan ke Kundasang, Sabah. Tempat yang wajib dilawati bila ke Sabah. Bak kata orang Malaysia, Kundasang ala-ala New Zealand. Tak mampu pi New Zealand, sampai Kundasang pon jadi la.. Trip Kundasang akan diceritakan pada next post ya, terlalu panjang nak bebel sebab sebelum sampai Kundasang, tempat yang perlu juga dilawati adalah Rumah Terbalik Tamparuli (Upside Down House) dan Jambatan Tamparuli, Tuaran.

Dari Pasar Gaya ke Rumah Terbalik Tamparuli mengambil masa selama 45 minit. Penuhkan minyak kereta sebelum memulakan perjalanan sebab stesen minyak tak banyak sangat. Sampai di Rumah Terbalik, tak ramai orang sangat sebab waktu pagi. Mungkin orang lain tak habis jelajah Pasar Gaya lagi. Nak cerita sikit pasal Rumah Terbalik Tamparuli ni, Rumah Terbalik ni adalah yang pertama di Malaysia dan diiktiraf Malaysia Book of Records. Ia dibuka pada Februari 2012 dan terdapat muzium 3D juga. Rumah biasa yang diterbalikkan untuk memberi peringatan kepada semua supaya menjaga alam sekitar agar seluruh dunia tidak terbalik seperti rumah itu. Semua perhiasan dan kelengkapan rumah di terbalikkan dalam rumah tu. Ambil gambar adalah dilarang dalam rumah terbalik.


Selain rumah terbalik, ada kereta pon terbalik jugak. Market pon terbalik oooii.. Perhiasan dalam rumah tu memang terbalik dan setiap bilik ada penceritaan yang tersendiri. Kena masuk la untuk taw lebih details, macam mana hidup sebagai seorang Sabahan. Iktibarnya ialah, jagalah alam sekitar supaya tidak memudaratkan kehidupan masa akan datang, kalau tak nanti, rumah terbalik. Sapa nak dok dalam rumah terbalik?



Next perhentian adalah Jambatan Gantung Tamparuli, Tuaran berdekatan dengan Pekan Tamparuli. Jarak dari Rumah Terbalik ke Jambatan Gantung Tamparuli adalah 5 minit saja.Tarikan utama adalah jambatan gantung yang menyambungkan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain untuk kegunaan penduduk setempat pergi ke Pekan atau Pasar Tamparuli. Jambatan tu sempit dan bergoyang-goyang. Hati-hati bila melalui jambatan tersebut. Kereta hanya boleh bergilir-gilir untuk lalu satu laluan sahaja di bawah jambatan.


Perjalanan diteruskan ke Kundasang. Next post ya!!
Terima kasih kerana membaca di blog ini.

Love to write,
Natikah26
13/08/2018




No comments:

Post a Comment