Sunday, 10 April 2016

Ziarah Palestine (Bumi Para Anbiya) Part 2

Bismillahirrahmanirahim..

Part 1 dah cerita tentang Masjid al-Aqsa, Part 2 nak cerita tempat-tempat menarik dan bersejarah yang dilawati di Palestine. Mengikut cerita Ustaz Amin, ada tiga sebab kenapa kita patut ziarah Palestine..

  1. Palestine bumi para Nabi
  2. Makam orang soleh
  3. Bumi syahid sampai kiamat
Dengan ziarah tempat-tempat bersejarah tu la dapat menambah kepahaman daripada membaca saja and seriously cakap memang pi tempat tu baru taw kisah Islam dan kisah para Nabi dengan terperinci. Selalunya baca buku jer, tak best ar..kena explore sendiri..InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya doakan semua dapat pegi Palestine..walaupun ada sesetengah pihak yang cakap, tak perlu ke Palestine sebab bantu Israel, sat nak tanya, bantu Israel dari segi apa? Ekonomi? Takdak pon, jangan risau.. depa cuma jaga border ja, yang lain macam hotel dekat Jerusalem, kebanyakannya orang Palestine Islam yang handle, even taxi pon orang Palestine Islam. Depa tak alu-alukan pelancong pon dekat negara depa.. kalau nak ikutkan, pelancong yang bukan beragama Islam macam orang Yahudi dan Kristian lagi banyak masuk dari pelancong yang beragama Islam. Okay dah kelaut.. 

Straight to the point. Baitulmuqaddis (Baitulmaqdis) ataupun Jerusalem ialah sebuah kota lama yang kaya dengan budaya dan agama. Kalau ikut peta, The Old City of Jerusalem terbahagi kpda 4 quarter iaitu Muslim Quarter, Jewish Quarter, Christian Quarter dan Armenian Quarter. So, boleh nampak la pertembungan tiga agama dekat Jerusalem iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Hebat kota Jerusalem ni, setiap penganut yang datang sebab nak datang tempat yang paling suci bagi setiap agama. Bumi Palestine yang penuh dengan sejarah menarik, Masjid al-Aqsa untuk orang Islam, Wailing Wall untuk orang Yahudi dan Church of the Holy Sepulchre untuk orang Kristian. Orang Yahudi sembahyang dekat Wailing Wall ataupun dikenali sebagai Western Wall, taktaw la depa baca apa dekat situ, tengok dari jauh ja, tapi nampak la pecah kepada dua bahagian, laki sebelah dan perempuan sebelah. Wailing Wall tu betul-betul sebelah dengan Masjid al-Aqsa, hanya dinding yang jadi pemisah. Kalau tengok dekat-dekat, ada yang cakap ada surat ataupun doa-doa yang terselit dekat dinding-dinding tu.
Western Wall untuk Orang Yahudi
Orang Kristian percaya dalam Church tu Jesus kena salib dan mayat dia diletakkan terdampar atas batu hamparan dalam tu.. Masuk sat nak tengok, teruja sebentar dengan lilin-lilin keliling, then keluar terus sbb scary dengan orang depa dok baca ayat apa-apa ntah.. Nak cerita lebih takut salah plak, tengok gambar jer la.. Depan Church ni ada satu lagi Masjid Umar selain dalam Masjid Utama al-Aqsa.
Church of the Holy Sepulchre untuk Orang Kristian
So, semua penganut agama tak kira la Islam, Kristian, atau Yahudi akan lawat dan ziarah kota Jerusalem, Palestine. Next, Palestine digelar bumi Para Anbiya sebab dikelilingi oleh makam-makam (tempat) Nabi-Nabi. Disekitar Palestine, banyak makam seperti Makam Nabi Yunus (Halhul), Makam Nabi Ibrahim, Makam Nabi Ishak, Makam Nabi Yaakub (Hebron), Makam Nabi Musa (Jericho) dan Makam Nabi Daud (Jerusalem). Semua makam sempat diziarahi dan ada beberapa lagi makam yang tak sempat ziarah iaitu Makam Nabi Ibrahim, Makam Nabi Ishak dan Makam Nabi Yaakub di Hebron atas sebab keselamatan.
Makam Nabi Daud
Makam Nabi Musa dan Masjid Musa
Makam Nabi Yunus
Next ialah Ladang Olive dan Bukit Olive.. Pokok Olive (buah Zaitun) banyak dekat Palestine dan tanah Palestine memang subur untuk semua jenis tumbuhan tak kira sayuran atau buahan. Buah-buahan depa besaq-besaq macam Strawberi, Lemon, Oren dan Delima (sorry gambaq takdak). Orang Palestine memang tanam pokok Olive sepanjang tahun dan Olive hanya akan berbuah pada musim sejuk ataupun sekitar bulan September kalau tak silap la.. So, kalau nak tengok sekarang memang tak nampak buah Olive tu.. Oh, sebelum terlupa, ada lagi satu city yang lalu saja, tak ziarah iaitu Bethelem (Baitul Lahm), tempat Nabi Isa dilahirkan dan terdapat Church of the Nativity untuk orang Kristian sambut hari Christmas.
Ladang Olive
Alhamdullilah, selesai semua tempat dah melawat di sekitar Palestine. Jauh perjalanan, luas pandangan dan tambah ilmu pengetahuan. Bumi Palestine perlu diziarahi untuk mempertahankan agama Islam dan orang Palestine. Perkara utama yang boleh dijadikan teladan di Palestine ialah mempertahankan sesebuah negara adalah penting bagi setiap rakyat. Oleh itu, bantulah Palestine untuk membebaskan negara mereka daripada ancaman Israel. Israel sedang mengambil tanah-tanah orang Palestine untuk dijadikan penempatan penuh diatas bukit-bukit dan mengawal segala gerak-geri Palestine. Setelah empat hari tiga malam dekat Jerusalem, Palestine, kami bertolak ke Madinah dan Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah. Sampai disini saja perjalanan ziarah ke Palestine, semoga dengan sedikit ilmu, coretan dan pengalaman yang ditulis dapat memberikan inspirasi dan panduan kepada semua untuk menziarahi bumi Palestine. Maaf diminta sekiranya terdapat fakta yang salah mahupun bahasa yang kurang difahami. Okay last, nah belanja satu gambar pemandangan kota Jerusalem diatas Bukit Olive.


Terima kasih kerana membaca.

Yang mengembara kerana Allah,
Natikah26
10/04/2016

No comments:

Post a Comment