Sunday, 5 April 2020

Kundasang Trip (Sabah) - April 2018


Assalamualaikum semua!!

Diharapkan semua sihat selalu dalam tempoh kawalan pergerakan ini, seperti yang dijanjikan setelah sekian lama, kali ini akan sambung entry percutian ke Kundasang, Sabah. Mohon maaf baru berkesempatan untuk menulis entry ni..

Sebelum sampai di Kundasang, kami berhenti di Kinabalu National Park World Heritage Site (Taman Negara Gunung Kinabalu). Disebabkan sampai pon dah petang, tak masuk la ke dalam taman tu, just walk around at the entrance. Ramai pelancong luar yang baru turun hiking. Kalau siapa yang suka trekking atau hiking, bolehla masuk wish list untuk hiking. 
Kinabalu National Park World Heritage Site
Perjalanan diteruskan ke Kundasang, dalam 15 minit dari Taman Negara Kinabalu tu. Jalan yang bengkang-bengkok amatlah mencabar bagi sesiapa yang tidak biasa memandu di kawasan berbukit atau bergunung. Harap bersabar dan kena fokus selalu. 

So, kami sampai di Kundasang, Sabah pada waktu petang. Cuaca yang sangat nyaman dan cantik permandangannya. Disebabkan keesokkannya perlu kembali ke Kota Kinabalu, petang tu juga kami ke Desa Cattle Farm. Tempat yang famous dan popular yang perlu dilawati kalau dah sampai Kundasang. Sebab orang cakap macam little New Zealand. Ya, its true, permandangan cantik, nampak Gunung Kinabalu dan ada banyak lembu-lembu. Dan yang paling best adalah cuaca sejuk. Mungkin sebab tu orang cakap macam New Zealand. 

Permandangan Gunung Kinabalu di belakang
Dalam Desa Cattle Farm tu, ada jual susu, ais krim dan beberapa jenis produk tempatan lagi. Produk tenusu daripada lembu-lembu yang dibela. Lepas try cuba beberapa makanan, kami ke pekan Kundasang. Pelbagai jenis barang, sayur, buah dan macam-macam dijual dekat pekan Kundasang. Disebabkan kami balik lambat lagi ke Pulau Pinang, tak beli sayur-buah semua tu. Tapi memang segar sayur dan buah-buahan di situ, durian kampung ada, yang paling perlu dicuba ialah avocado cheese. Memang sedap!! 

Lepas pusing pekan Kundasang, kami check-in di The Cottage Hotel. Dinner jugak di hotel sebab malas nak keluar. Sapa-sapa yang tak tahan sejuk, sila bawa baju sejuk ataupun pakai baju yang tebal sikit sebab malam-malam memang sejuk. Cuaca macam duduk Cameron Highlands. Okay, rehat lepas seharian berjalan.
Breakfast di hotel
Hari berikutnya, kami breakfast di hotel sebelum memulakan perjalanan kembali ke Kota Kinabalu, Sabah untuk seminar. Banyak tempat yang belum sempat diterokai seperti spa ikan di Ranau, Kolam Air Panas Poring dan Ladang Teh Sabah. Oleh itu, insyaAllah next trip kalau berkesempatan akan pergi semua tempat tu.
Alhamdulillah for this experience!
That's all our trips to Kundasang in April 2018. Walaupun sekejap, ia amatlah berharga dan pengalaman yang menarik untuk melawat tempat orang. Jika ada kesempatan dan kewangan lebih, bawalah dan berehatlah bersama keluarga semua.

Jauh perjalanan, luas pandangan. Until next time and trip, semoga Allah mudahkan segala urusan kita dalam menempuh perjalanan hidup seharian dan masa akan datang.

Stay safe, stay positive and keep calm!

With Love,
Natikah26
4/4/2020

Tuesday, 27 August 2019

Learn from Yesterday

Assalamualaikum.

Sorry for not updating the new post in a year.

Busy for being a student back.

Today, marked one year of enrolment as a PhD candidate in Universiti Sains Malaysia.

Too many things happen, loss of my grandfather one day before final examination, rejection of grant, rejection of journal and others..

Also learn a lot of things, acceptation of grant, joining data challenge, presenting for scholarships, presenting for poster competition, becoming finalist for national poster competition and others..

Throughout all that happen, I thank Allah for giving me this opportunity to learn and experience it. Thanks for all the support, advice, idea, suggestion that I received from many people on my study.

"Semoga Allah permudahkan segala urusan semua".

Have a good day!

With love,
NNatikah
27/8/19

Monday, 13 August 2018

Trip to Sabah

Assalamualaikum semua..

Kali ni nak cerita tentang perjalanan ke Sabah. Jalan-jalan di Sabah Negeri di Bawah Bayu. Pertama kali menjejakkan kaki di Sabah amatlah teruja dan seronok untuk diterokai oleh semua. Semoga mendapat manfaat dan rujukan untuk semua yang teringin mengunjungi Negeri Sabah. Trip kali ni hanya pi bertiga, saya, my mom and my dad.

Perjalanan kali ini bercuti sambil berseminar. Seminggu di Sabah tidaklah cukup untuk cover semua tempat di Sabah. Namun, beberapa tempat-tempat menarik sempat dilawati dan dikunjungi akan dibebelkan dalam post kali ini. Dinasihatkan semua untuk membuat jadual percutian/perjalanan atau dikenali itinerary plan. Bukan apa, memudahkan perjalanan dan tidak membazir masa yang berkualiti bersama keluarga. "Time is Gold, Don't Waste It".


Sebelum ke Sabah, dinasihatkan untuk menyewa kereta sebab senang pergerakan dalam Sabah. Nak ke Kota Kinabalu, Kundasang, Taman Gunung Kinabalu dan sekitarnya senang sikit. Tapi, kalau hanya nak berjalan dalam bandaraya Kota Kinabalu, pi Filipina market ka, makan seafood ka, walking distance dekat-dekat dan kalau sakit kaki atau malas nak jalan, naiklah grabcar or teksi. :)

First day, naik flight from Penang to Kota Kinabalu hari Sabtu  pagi sebab nak jalan-jalan sebelum seminar berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada hari Isnin. Sampai airport terus ambil kereta sewa MyVi dengan MRB Ventures Sdn Bhd. Harga amat berpatutan dan murah untuk tiga orang dan tiga hari. Then, memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu City, singgah di Masjid Negeri Sabah di Sembulan, Kota Kinabalu untuk solat Zuhur dan Asar. Design dan architecture masjid cantik dan tersergam indah lain daripada masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Jangan lupa melawat yer!!

Lepas solat, terus ke bandaraya Kota Kinabalu untuk check-in Pantai Inn Hotel, berdekatan Gaya Street (Jalan Gaya). Parking kereta tak banyak dalam town, so kalau boleh park satu tempat dan walking saja around bandar tu. Disebabkan Sabah terkenal dengan Pasar Gaya setiap Hari Ahad, so, kami plan untuk ke Pasar Gaya dulu pada hari Ahad sebelum ke tempat lain. Lepas check in hotel, lapaq plak dah. Keluaq cari makan dekat Pasar Besar Kota Kinabalu. Semangat nak pi makan dekat Todak Waterfront, tapi tak bukak lagi masa pukul 4 petang. So, jalan-jalan pi Filipina Market (Pasar Filipina). Pusing punya pusing, jumpa kedai makan deret2 belakang market tu, disebabkan lapaq dan malas nak tunggu pukul 6 untuk Todak Waterfront bukak, so apalagi makan la dekat situ, ada ketam, sotong, udang, ikan..  Harga pon boleh tahan la, pandai tawaq dapatlah murah. Lobster besaq tapak tangan weh.. Lepas makan, balik rehat hotel. Penat pusing filipina market dan KK Plaza.


Second day, Hari Ahad. Bangun awal pagi jalan-jalan di Pasar Gaya. Keluar hotel terus nampak khemah-khemah Pasar Gaya (Gaya Street), dekat betul dengan hotel. Pasar Gaya terkenal dengan barang-barang tradisional dan diusahakan oleh orang tempatan di Negeri Sabah. Peniaga-peniaga dari daerah-daerah lain turut serta dan disebabkan itulah ramai pelancong datang melawat. Macam-macam ada, seperti di pasar tani semenanjung Malaysia. Pasar Gaya hanya bukak hari Ahad saja taw, hari lain tak bukak. Aturlah perjalanan supaya dapat bershopping di Gaya Market, dah mai jauh-jauh kan, singgahlah sebentar untuk meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.




Lepas tawaf Jalan Gaya dan sarapan di salah satu kedai di Jalan Gaya (makan nasi kuning), kami teruskan perjalanan ke Kundasang, Sabah. Tempat yang wajib dilawati bila ke Sabah. Bak kata orang Malaysia, Kundasang ala-ala New Zealand. Tak mampu pi New Zealand, sampai Kundasang pon jadi la.. Trip Kundasang akan diceritakan pada next post ya, terlalu panjang nak bebel sebab sebelum sampai Kundasang, tempat yang perlu juga dilawati adalah Rumah Terbalik Tamparuli (Upside Down House) dan Jambatan Tamparuli, Tuaran.

Dari Pasar Gaya ke Rumah Terbalik Tamparuli mengambil masa selama 45 minit. Penuhkan minyak kereta sebelum memulakan perjalanan sebab stesen minyak tak banyak sangat. Sampai di Rumah Terbalik, tak ramai orang sangat sebab waktu pagi. Mungkin orang lain tak habis jelajah Pasar Gaya lagi. Nak cerita sikit pasal Rumah Terbalik Tamparuli ni, Rumah Terbalik ni adalah yang pertama di Malaysia dan diiktiraf Malaysia Book of Records. Ia dibuka pada Februari 2012 dan terdapat muzium 3D juga. Rumah biasa yang diterbalikkan untuk memberi peringatan kepada semua supaya menjaga alam sekitar agar seluruh dunia tidak terbalik seperti rumah itu. Semua perhiasan dan kelengkapan rumah di terbalikkan dalam rumah tu. Ambil gambar adalah dilarang dalam rumah terbalik.


Selain rumah terbalik, ada kereta pon terbalik jugak. Market pon terbalik oooii.. Perhiasan dalam rumah tu memang terbalik dan setiap bilik ada penceritaan yang tersendiri. Kena masuk la untuk taw lebih details, macam mana hidup sebagai seorang Sabahan. Iktibarnya ialah, jagalah alam sekitar supaya tidak memudaratkan kehidupan masa akan datang, kalau tak nanti, rumah terbalik. Sapa nak dok dalam rumah terbalik?



Next perhentian adalah Jambatan Gantung Tamparuli, Tuaran berdekatan dengan Pekan Tamparuli. Jarak dari Rumah Terbalik ke Jambatan Gantung Tamparuli adalah 5 minit saja.Tarikan utama adalah jambatan gantung yang menyambungkan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain untuk kegunaan penduduk setempat pergi ke Pekan atau Pasar Tamparuli. Jambatan tu sempit dan bergoyang-goyang. Hati-hati bila melalui jambatan tersebut. Kereta hanya boleh bergilir-gilir untuk lalu satu laluan sahaja di bawah jambatan.


Perjalanan diteruskan ke Kundasang. Next post ya!!
Terima kasih kerana membaca di blog ini.

Love to write,
Natikah26
13/08/2018




Friday, 13 July 2018

Warisan Dunia Lenggong: Arkeologi

Assalamualaikum!

Greetings!

Dedikasi khas untuk Tapak Warisan Dunia UNESCO Lenggong 2012.

Lembah Lenggong telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO pada 30 Jun 2012 disebabkan keunikan dan keistimewaan prasejarah Lembah Lenggong. Lembah Lenggong terletak di daerah Hulu Perak, kira-kira 50 km dari utara Kuala Kangsar, 90 km dari Ipoh dan 52 km dari Gerik yang berkeluasan 9773 hektar dan luas keseluruhan kawasan yang diiktiraf sebagai kawasan Tapak Warisan Dunia adalah seluas 2185.41 hektar. 

Terdapat empat nilai universal (Outstanding Universal Values) yang telah menjadikan Lembah Lenggong dipilih dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia. Pertama, Lembah Lenggong mempunyai rentetan kebudayaan yang terpanjang kronologinya bagi satu lokasi di dunia. Bukti kewujudan berterusan homonid di Lembah Lenggong ditemui pada siri kronologi yang panjang di tapak bengkel peralatan batu di kawasan lapang in-situ, bermula dari Bukit Jawa (200 000-100 000 tahun), ke Kota Tampan (70 000 tahun) dan seterusnya hingga ke Bukit Bunuh (40 000 tahun). Kedua, terdapat banyak dan pelbagai jenis bengkel peralatan batu in-situ yang tidak diusik, yang ditemui di Lembah Lenggong. Ketiga, penemuan Perak Man, rangka Paleolitik unik dengan Brachymesophalangia jenis A2 di Gua Gunung Runtuh yang merupakan rangka paling lengkap yang ditemui di Asia Tenggara yang mewakili kehidupan 10 000 tahun dahulu. Akhir sekali, semua sumber arkeologi yang diperoleh berdasarkan bukti secara tidak langsung seperti peralatan batu Paleolitik yang terpelihara, contohnya kapak dan alat toreh diselaputi suevite cair yang terhasil daripada hentaman meteorit di Bukit Bunuh yang berusia 1.83 juta tahun lalu membuktikan kewujudan awal homonid di luar benua Afrika. 
Galeri Arkeologi Lenggong, Perak

Selain itu, Lembah Lenggong memiliki 72 tapak gua batu kapur, khasnya Gua Gunung Runtuh, Gua Harimau, Gua Kajang, dan Gua Teluk Kelawar yang memberikan maklumat tentang penggunaan gua oleh masyarakat prasejarah sebagai tempat pengebumian dan tempat tinggal dengan pelbagai aktiviti kehidupan. USM telah menemui bukti Paleolitik, Neolitik dan Logam di gua-gua tersebut. Keistimewaan artifak prasejarah yang diperbuat daripada batu, tanah liat, dan gangsa yang secara langsung menggambarkan kemajuan dan perkembangan teknologi masyarakat di Lembah Lenggong. Pelbagai jenis dan bentuk alat batu dan tembikar hasil seni yang bermula pada zaman prasejarah.  Lembah Lenggong telah mendedahkan bukti-bukti penting kepada arkeologi dunia sebagai satu-satunya kawasan kehidupan zaman prasejarah yang digunakan berterusan dari semasa ke semasa sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu. Bukti prasejarah Lenggong terlalu unik dan istimewa. Kesemuanya boleh dilihat dalam pameran di Galeri Arkeologi Lenggong, Perak. 

Tapak warisan dunia UNESCO Lembah Lenggong perlulah diurus, dijaga dan diketengahkan supaya warisan ini tidak tenggalam pada arus kemodenan masa kini. Lembah Lenggong bukan sahaja terkenal dengan arkeologinya sahaja, terdapat pelbagai perspektif yang istimewa dan unik berkaitan Lenggong antaranya ialah makanan, tempat pelancongan, kraftangan dan komuniti tempatan. Keistimewaan ini akan dibincangkan kemudian pada entry yang lain.

Rujukan:
Sakinah Abu Bakar (Ed.). (2015). Lembah Lenggong dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Zuraini Zakaria (Ed.). (2015). Prospek pelancongan di Lembah Lenggong. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 


Love to write,
NNatikah26
13/7/18