Friday, 26 May 2017

Bittersweet in George Town World Heritage Incorporated

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Jumaat semua!!

Post kali ni nak cerita a little bit about working experience in George Town World Heritage Incorporated (GTWHI).

GTWHI, nama yang mungkin dikenali dan digeruni pelbagai agensi lain di Penang malahan seluruh pelusuk Malaysia. Sebelum ni, GTWHI dikenali sebagai Pusat Warisan Pulau Pinang tetapi telah diperbadanankan dan telah mendapat status warisan dunia UNESCO pada 7 Julai 2008 bersama Melaka. GTWHI is one of the 'Kerajaan Negeri Pulau Pinang' company yang lebih difahami sebagai government linked company (GLC). Runs as swasta supported by state government.

GTWHI beruntung sebab dibiayai penuh oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang namun dipenuhi dengan agenda-agenda dalaman. In summary, GTWHI berperanan memberi pendidikan, kesedaran, dan pengurusan warisan berkenaan George Town, Penang. Tapak warisan dunia UNESCO dekat Lenggong pon takdak company yang handle macam GTWHI manage. Jabatan Warisan Negara antara yang paling bekerjasama dengan GTWHI untuk menguruskan warisan-warisan di George Town.



Back to experience, saya pernah bekerja kontrak sebagai Pegawai Pusat Sumber yang kemudiannya ditukarkan kepada Pegawai Pengurusan Maklumat. GTWHI mempunyai satu pusat sumber yang dinamakan Interpretative Centre terletak di bahagian bangunan lain bersebelahan pejabat sebenar. Terdapat pelbagai jenis buku, majalah, journals, bahan rujukan dan sebagainya mostly berkaitan tapak warisan dunia dan Pulau Pinang. Tempat2 lain pon ada jugak, tapi kurang la. Dekat situ jugak ada 3D model tapak warisan dunia George Town termasuklah core zone dan buffer zone. Sapa2 rajin pi la melawat dan mengenali tapak warisan yang UNESCO iktiraf tu. Sesetengah orang jer yang tahu pasal tempat ni, kalau general tourist takkan tahu kewujudan pusat sumber itu.

Walaupun seketika dan tanpa sebarang pengalaman bekerja sebelum ni, banyak perkara baru yang dapat dipelajari masa kerja di GTWHI. Dapat rakan sekerja baru yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Even dulu masa universiti, semua adalah Melayu Islam dan bumiputera. So, masa mula2 kerja agak awkward sebab tak pandai bergaul dengan orang lain. Slowly, makin rapat dan berkawan until now. Bab kerja, masing2 memainkan peranan masing2. Kerja pon okay sebab before ni penah intern di perpustakan, so as a librarian or information officer, how to manage the resouce centre mesti dah tahu. We have to select, buy, acquire, catalog, record and manage the resources in order to meet the user needs. Thats how we learn practically and manually in university. Sometimes, many people took a wrong perception and underestimated on how we know about handling information.

Ramai tourists yg akan singgah dkt office sebab depa ingat tourist information centre. Padahal GTWHI hanya menguruskan beberapa hal berkaitan saja dengan warisan di tapak warisan George Town. So, duduk depan counter adalah perkara yg paling "best" sebab boleh tengok gelagat pelancong yang mcam2 karenah walaupun pada hakikatnya English tunggang langgang nak balas balik. Kena jaga mata jugak la dok depan counter ni. Seksi ooo tourist2 ni. Maklumlah Malaysia kan hangat dan panas. Ada banyak brochure yang dikeluarkan oleh GTWHI sendiri. Ada juga publication yang dijual dan diselidik oleh staf-staf GTWHI.

Pengalaman yang menarik sepanjang bekerja di GTWHI adalah menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang 2016. Mungkin pengalaman bersejarah barangkali dalam hidup, walaupun hanya sebagai wakil pengurus besar. Pengalaman berada di dalam dan semasa sidang dijalankan amatlah berharga. Bertikam lidah antara parti politik masing2.. sama seperti Dewan Parlimen Malaysia. Mesti akan ada yang kata masuk dewan DUN ja pon, tpi mungkin ada orang yg teringin nak masuk tpi tak boleh masuk.

That's all I can tell a little bit about GTHWI. Sebelum ni pon xpernah pikir dan tahu pon tntg GTWHI sebelum masuk kerja. So, pengalaman yang takkan dilupakan dan akan diingati sampai bila-bila as my first working experience. Kalau ingin mengetahui tentang Pulau Pinang terutamanya George Town sebagai tapak warisan dunia UNESCO, bolehlah mendapatkan maklumat di GTWHI. Selamat maju jaya kepada GTWHI dalam menangani masalah-masalah yang berleluasa dan mempertahankan warisan negara walaupun macam-macam masalah dalaman yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.

As last words, if someone treats you badly, just remember that there is something wrong with them, not with you. Healthy people do not go around destroying other human beings. And bila Allah cakap, Dia hilangkan sesuatu sebab nak gantikan dengan yang lebih baik, memang Dia akan gantikan dengan yang lebih baik. Yakinlah dengan Allah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan sebelumnya dan bersyukurlah kita ditemukan kembali dengan bulan Ramadhan kali ini.

With love,
N.ATIKAH

26/5/2017

Friday, 17 February 2017

Unexpected Trip to Singapore

Assalamualaikum dan hello!!

Selamat petang and good evening!!

Entri yang baru ni nak cerita tentang unplanned visit to Singapore. Tak penah terlintas pon nak pi Singapore ni sebenarnya, almaklumla..duduk utara semenanjung Malaysia, nak pi selatan semenanjung Malaysia jauh banyak.. tpi dengan izin Allah dan get permission from parents, Alhamdullilah, dapat la jejak kota singa tu.. Mula-mula plan hanya holiday di Johor jer sebab nak visit one of my close friend yg stay dekat Nusajaya. Last2, merata jugak jalan2 Johor dan Singapore.

Day 1: Flight from Penang to Johor Bahru (5 Januari 2017)
Flight delay dari pukul 4 sampai pukul 7 petang. Menguji kesabaran betol. Sampai dalam pukul 8.30 mlm dkt airport Senai. My friend pickup then sembang2 sampai la satu idea yg nak pi Singapore one day trip pi pagi balik petang. Pikir punya pikir, alang-alang dah ada dkt Johor, why not. Seberang laut jer.. tepon ayah mak mintak permission, maklumla, pi negara asing tanpa mahram ni bahaya sikit dan pompuan berdua saja. Then, balik zzzzz. Keletihan melanda.

Day 2: Lawat Johor Bahru dan try makanan Johor (6 Januari 2017)
Bangun pagi ja terus siap2 pi cari makanan Johor. Hahaha.. First kedai pi dkt area Johor Bahru, nak rasa laksa johor tapi kedai tutup. Sedeh betol. Then, next kedai pulak dkt balai bomba tu makan kacang pool. Sedap la jugak untuk first timer nak rasa makanan Johor. Bukan makan kacang pool saja, try jugak soto Johor kat situ. Sedap jugak. Kenyang sampai malam. Second day tak jengjalan sangat coz my friend tak berapa sihat. Just singgah AEON Bukit Indah untuk tukar duit Singapore dan beli biskut/roti/air utk bekalan makanan dkt Singapore. Duit depa kan mahai, bawak ja bekai dari Malaysia. Jimat sikit. Then, balik dan layan movie star wars.
Makan2 di Johor

Day 3: Trip to Singapore (7 Januari 2017)
Bangun awal pagi tunggu bas dari Nusajaya ke Jurong East melalui Tuas Border. Hujung minggu hari Sabtu tak ramai sangat orang sebab bukan cuti sekolah kot. Tambang bas RM4.00 ja dari Malaysia ke Singapore. Dalam sejam jugak la proses imigresen smua tu, siap encik imigresen perli kenapa sepanjang 25 years tak penah visit Singapore. 😏😏😏 Alhamdullilah, ada rezeki sampai jugak Singapore, ada jer yg tak dapat nak pergi mana2. Take it easy encik imigresen..Naik bus sampai Jurong East Train Stesen, ala2 lrt, mrt dkt Malaysia. Jalan2 naik train sudah, jimat duit. One day trip only kan. First place visit adalah Garden by the Bay dan Marina Bay Sands. Opposite each other. Pokok-pokok tiruan yang jadi parks untuk visitors.


Lepas jelajah dalam Garden by the Bay, jalan2 sekitar area situ untuk ke Merlion Park. Nampak la, Singapore Flyer, Esplanade, ArtScience Museum, jauh jugakla berjalan dengan matahari terik atas kepala. Dari jauh nampak dah singa tu, Merlion, lambang kota singa. Gagah berjalan lagi sbb the main reason nak pi Singapore, nak tgkp gambar dgn singa tu la.. 😆😆😆..Klu pi Singapore, tak tangkap gambar kat situ tak sah la.. tak nama berjalan di Singapore laa.. walaupun tak sebesar dekat Sentosa, berbaloi jugak. then, naik train balik ke Bugis Street.
Nak melawat kawasan melayu Singapore pulak. Stop by dkt Masjid Sultan utk solat Zohor, dan visit taman warisan melayu (Malay Heritage Centre). Dekat jer rupanya masjid dgn centre tu. Masuk dalam centre tu untuk get the knowledge about malay people, and their culture dekat Singapore. Sejarah Singapura, bahasa, literature, budaya..

Last sekali, dah letih berjalan dan buy some souvenirs, terus balik ke stesen Jurong East. Dari situ, naik bas ke Tuas dan balik ke Nusajaya. Tired day and we managed to get back before Maghrib. Alhamdullilah, Allah mudahkan segala perjalanan pergi dan kembali ke sana.

Day 4: Johor Premium Outlet and Nusajaya (8 Januari 2017)
Bangun pagi, pegi melawat kawasan my friend keja dkt MMU, Nusajaya. Kawasan yang luas dan bangunan baru banyak dlm pembinaan. Nampak la jugak kompleks sukan yang sedang dibina untuk stadium bola sepak JDT tu. Kawasan tu banyak academic institution sbb tu area tu nama edu city.
Ada la dekat sejam dok meronda2 dan melawat kawasan, menapak pulak pi Johor Premium Outlet. Tempat shopping yg terkenal dekat Johor tu. Singaporean banyak turun pi beli-belah kat situ. Biasa jer harga2 dan barang2 situ. Standard overseas price la.. Hihi.. Lepas penat bershoping, pi la melawat Legoland Malaysia plak. Pi depan jer taw.. Nak masuk mahai sangat. Tak mampu lagi, insyaAllah next time boleh plan masuk plak. Letih seharian berjalan balik rumah layan goblin dan star wars.

Day 5: Goodbye Johor (9 Januari 2017)
Flight to Penang pagi Isnin. Until next time Johor, ada masa kelapangan, rezeki lebih boleh la melawat lagi. Tunggu stadium bola bukak baru dulu. Hihihi.. Have fun with my friend for 5 days and 4 nights. New experience, new knowledge!


Love,
Natikah26
'16/02/2017'

Sunday, 1 January 2017

Welcome 2017

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru 2017.

Alhamdulillah, 2016 telah melabuhkan tirai semalam. Suka duka lara biarlah menjadi kenangan dan pedoman untuk masa hadapan.

Diharap 2017 menjadikan diri ini lebih sabar, kuat dan tabah. Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.


Semoga blog ni dpt diupdate selalu untuk bacaan dan rujukan semua. Wish all the readers have a good and nice day.

Sekian, terima kasih.

Berkarya kerana Allah,
-noratikah-