Sunday, 10 April 2016

Ziarah Palestine (Bumi Para Anbiya) Part 2

Bismillahirrahmanirahim..

Part 1 dah cerita tentang Masjid al-Aqsa, Part 2 nak cerita tempat-tempat menarik dan bersejarah yang dilawati di Palestine. Mengikut cerita Ustaz Amin, ada tiga sebab kenapa kita patut ziarah Palestine..

  1. Palestine bumi para Nabi
  2. Makam orang soleh
  3. Bumi syahid sampai kiamat
Dengan ziarah tempat-tempat bersejarah tu la dapat menambah kepahaman daripada membaca saja and seriously cakap memang pi tempat tu baru taw kisah Islam dan kisah para Nabi dengan terperinci. Selalunya baca buku jer, tak best ar..kena explore sendiri..InsyaAllah, kalau ada rezeki, saya doakan semua dapat pegi Palestine..walaupun ada sesetengah pihak yang cakap, tak perlu ke Palestine sebab bantu Israel, sat nak tanya, bantu Israel dari segi apa? Ekonomi? Takdak pon, jangan risau.. depa cuma jaga border ja, yang lain macam hotel dekat Jerusalem, kebanyakannya orang Palestine Islam yang handle, even taxi pon orang Palestine Islam. Depa tak alu-alukan pelancong pon dekat negara depa.. kalau nak ikutkan, pelancong yang bukan beragama Islam macam orang Yahudi dan Kristian lagi banyak masuk dari pelancong yang beragama Islam. Okay dah kelaut.. 

Straight to the point. Baitulmuqaddis (Baitulmaqdis) ataupun Jerusalem ialah sebuah kota lama yang kaya dengan budaya dan agama. Kalau ikut peta, The Old City of Jerusalem terbahagi kpda 4 quarter iaitu Muslim Quarter, Jewish Quarter, Christian Quarter dan Armenian Quarter. So, boleh nampak la pertembungan tiga agama dekat Jerusalem iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Hebat kota Jerusalem ni, setiap penganut yang datang sebab nak datang tempat yang paling suci bagi setiap agama. Bumi Palestine yang penuh dengan sejarah menarik, Masjid al-Aqsa untuk orang Islam, Wailing Wall untuk orang Yahudi dan Church of the Holy Sepulchre untuk orang Kristian. Orang Yahudi sembahyang dekat Wailing Wall ataupun dikenali sebagai Western Wall, taktaw la depa baca apa dekat situ, tengok dari jauh ja, tapi nampak la pecah kepada dua bahagian, laki sebelah dan perempuan sebelah. Wailing Wall tu betul-betul sebelah dengan Masjid al-Aqsa, hanya dinding yang jadi pemisah. Kalau tengok dekat-dekat, ada yang cakap ada surat ataupun doa-doa yang terselit dekat dinding-dinding tu.
Western Wall untuk Orang Yahudi
Orang Kristian percaya dalam Church tu Jesus kena salib dan mayat dia diletakkan terdampar atas batu hamparan dalam tu.. Masuk sat nak tengok, teruja sebentar dengan lilin-lilin keliling, then keluar terus sbb scary dengan orang depa dok baca ayat apa-apa ntah.. Nak cerita lebih takut salah plak, tengok gambar jer la.. Depan Church ni ada satu lagi Masjid Umar selain dalam Masjid Utama al-Aqsa.
Church of the Holy Sepulchre untuk Orang Kristian
So, semua penganut agama tak kira la Islam, Kristian, atau Yahudi akan lawat dan ziarah kota Jerusalem, Palestine. Next, Palestine digelar bumi Para Anbiya sebab dikelilingi oleh makam-makam (tempat) Nabi-Nabi. Disekitar Palestine, banyak makam seperti Makam Nabi Yunus (Halhul), Makam Nabi Ibrahim, Makam Nabi Ishak, Makam Nabi Yaakub (Hebron), Makam Nabi Musa (Jericho) dan Makam Nabi Daud (Jerusalem). Semua makam sempat diziarahi dan ada beberapa lagi makam yang tak sempat ziarah iaitu Makam Nabi Ibrahim, Makam Nabi Ishak dan Makam Nabi Yaakub di Hebron atas sebab keselamatan.
Makam Nabi Daud
Makam Nabi Musa dan Masjid Musa
Makam Nabi Yunus
Next ialah Ladang Olive dan Bukit Olive.. Pokok Olive (buah Zaitun) banyak dekat Palestine dan tanah Palestine memang subur untuk semua jenis tumbuhan tak kira sayuran atau buahan. Buah-buahan depa besaq-besaq macam Strawberi, Lemon, Oren dan Delima (sorry gambaq takdak). Orang Palestine memang tanam pokok Olive sepanjang tahun dan Olive hanya akan berbuah pada musim sejuk ataupun sekitar bulan September kalau tak silap la.. So, kalau nak tengok sekarang memang tak nampak buah Olive tu.. Oh, sebelum terlupa, ada lagi satu city yang lalu saja, tak ziarah iaitu Bethelem (Baitul Lahm), tempat Nabi Isa dilahirkan dan terdapat Church of the Nativity untuk orang Kristian sambut hari Christmas.
Ladang Olive
Alhamdullilah, selesai semua tempat dah melawat di sekitar Palestine. Jauh perjalanan, luas pandangan dan tambah ilmu pengetahuan. Bumi Palestine perlu diziarahi untuk mempertahankan agama Islam dan orang Palestine. Perkara utama yang boleh dijadikan teladan di Palestine ialah mempertahankan sesebuah negara adalah penting bagi setiap rakyat. Oleh itu, bantulah Palestine untuk membebaskan negara mereka daripada ancaman Israel. Israel sedang mengambil tanah-tanah orang Palestine untuk dijadikan penempatan penuh diatas bukit-bukit dan mengawal segala gerak-geri Palestine. Setelah empat hari tiga malam dekat Jerusalem, Palestine, kami bertolak ke Madinah dan Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah. Sampai disini saja perjalanan ziarah ke Palestine, semoga dengan sedikit ilmu, coretan dan pengalaman yang ditulis dapat memberikan inspirasi dan panduan kepada semua untuk menziarahi bumi Palestine. Maaf diminta sekiranya terdapat fakta yang salah mahupun bahasa yang kurang difahami. Okay last, nah belanja satu gambar pemandangan kota Jerusalem diatas Bukit Olive.


Terima kasih kerana membaca.

Yang mengembara kerana Allah,
Natikah26
10/04/2016

Saturday, 9 April 2016

Ziarah Palestine (Masjid Al-Aqsa) Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Ahlan Wa Sahlan Rejab..



Serba ringkas tentang bulan Rejab.. Rejab bulan ketujuh dalam Takwim Hijrah. Rejab bermaksud mengagungkan dan juga "bulan yang dibesarkan atau dimuliakan". Pelbagai peristiwa-peristiwa penting berlaku pada bulan Rejab dan peristiwa yang paling penting iaitu Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab tahun 11 Hijrah. Oleh itu, entry kali ni nak post pasal ziarah dan lawatan ke Palestine yang berlakunya tempat peristiwa Israk dan Mikraj.

Nabi SAW bersabda "Tidak dianjurkan berpergian kecuali ketiga masjid iaitu masjidku (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa" (Hadis Riwayat Muslim)

Melawat Masjidil Aqsa adalah dituntut dan disyariatkan oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Al-Aqsa terletak di bumi Palestine. Bumi yang penuh dengan barakah dimana ia telah disebut dalam Surah Al-Isra' (Ayat 1) "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perhatikan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami".

Mengikuti rombongan kembara universiti kehidupan (UK44) bersama ALCC AL-AMIN TRAVEL dibawah naungan Ustaz Muhammad (Ustaz Amin) dan dibantu oleh 4 orang mutawwif (Ustaz Hafez, Ustaz Amar, Ustaz Samsul, Ustaz Adzim) memberi seribu pengalaman dan ilmu berkaitan para anbiya di bumi Palestine. Sebelum ni ambil subjek Al-Quran dan Al-Sunnah dan juga Pengajian Syariah Islamiah semasa sekolah menengah hanya untuk exam saja, banyak sangat perkara penting yang berlaku dalam sejarah Islam yang terlupa, tak ingat dan tak ambil berat. Even dulu pi sekolah arab petang-petang pon ustaz-ustazah ada ajar tentang kisah nabi, tapi hanya sedikit yang diingati. Rasa terlalu ralat dan sedey. And last year sebelum last semester mula, mak tanya nak ikut umrah ziarah ke Palestine ke tak?.. Bulan 3 katanya,, tapi memang dah azam sebelum ni nak pi umrah dulu sebelum jelajah negara lain, so, amik tawaran dan peluang keemasan ni ikut mak ngan ayah pi..adik pon ikut jugak..tinggal la adik yang last kat umah sorang2..

Alhamdullilah, pada 16 Mac 2016, bermulalah episod perjalanan ke Palestine yang penuh dengan ujian, dugaan dan pengalaman yang tak dak dalam mana-mana buku. Eh, ada kot sikit2 dengan pengalaman orang lain yang penah pi Palestine..hihi..naik flight almost 10 jam sebab dari Penang turun KLIA2, then baru dari KLIA turun dkt Jordan. Tidoq ja lebih atas flight macam tak tidoq 3 hari..hahaha..sampai Jordan pagi subuh, sejuk sampai tulang kot..macam dok London.. hihihi.. Pi makan dulu baru bertolak pi sempadan Jordan-Israel, sebab takut dekat border kena tahan lama.. agak lama la jugak dalam 2 jam dekat border tu..

muka kenyang lepas makan..
Nak cerita satu jer kat border Israel, ada 6 level kot kalau tak silap nak lepas,, tu tanda orang depa tak percaya dekat orang,, yang pengalaman paling ingat sekali ialah pakai pakaian yang tak sensitif detector even pin tudung pon tak pakai, baju dan seluar yang takdak zip, tudung yang pinless dan takdak manik-manik, bunga-bunga (dok Malaysia mana penah tak pakai pin), punya takut kena tahan.. ada aunty-aunty yang rombongan sekali siap kena bukak kasut taw sebab detector bunyi..kesian betoi.. lepas memang lepas, tapi tak lepas di level ke berapa ntah, pegawai tu amik dan pegang pasport,, gelabah dah la..orang lain tak kena pon..ni andaian sendiri sebab kena tahan pasport ialah muda nampak baik kot (angkat bakul sendiri..hahahaha..) dan pi senyum baik punya dekat dia sebab detector tak bunyi tadi..(padahal ustaz dah cakap dah, buat slumber ja dengan depa,, almaklumlah, excited detector tak bunyi tadi).. okay,, dah melalut.. back to the main reason pasport kena tahan ialah pegawai tu tunjuk dekat pasport tu "you read this and tell me why?".. pasport Malaysia tulis boleh melawat semua country kecuali Israel.. orang lain pasport Malaysia jugak, tak kena pon.. ni lah ujian dan dugaan pertama untuk bersabar.. dah cuak dah ni, senyap tak terkata apa.. tips dia adalah buat muka tak bersalah,, then dia scan beg laptop..nasib baik tak bunyi apa2.. Alhamdullilah, lepas.. masuklah dengan perasaan gembira walaupun ada sedikit kemaharan tadi.. hihi..

Sebelum sampai ke Jerusalem, singgah makan dulu dekat Jericho, the oldest city of the world. Guna Dr. Google kalau nak taw details tempat ni.. hehe.. kawasan yang luas dan dicontrol oleh Israel. Pastu, sambung balik perjalanan ke Jerusalem dengan dikelilingi bukit-bukit dan tanah yang kosong. Sesekali ternampak beberapa khemah orang Palestine di sekitar bukit-bukit tersebut.. Dalam  45 minit, sampai la dekat St. George Hotel, check-in hotel dan siap-siap nak pi Masjid al-Aqsa, perjalanan dari hotel ke Masjid al-Aqsa dalam 700 meter.. Tak terasa jauh sangat sebab lalu kawasan kedai-kedai (menjamu mata jer) dan cuaca sejuk..sampai la Masjid al-Aqsa..Alhamdullilah..akhirnya berjaya dengan izin Allah menjejaki tanah Masjid al-Aqsa..

Mihrab Masjid Umar

Cerita sikit serba ringkas Masjid al-Aqsa, masjid ni meliputi seluruh kawasan seluas 144 ribu meter persegi dan bukan hanya bangunan masjid saja.. Masjid al-Aqsa adalah masjid yang kedua tertua dalam Islam selepas Masjid al-Haram. Dalam kawasan Masjid al-Aqsa sendiri ada 5 lagi buah masjid (2 atas tanah dan 3 bawah tanah). Satu masjid atas tanah adalah Masjid Utama al-Aqsa yang mempunyai beberapa ruang didalamnya termasuklah Maqam al-Arba'in, Mihrab Zakariya, Masjid Umar, dan Mimbar Nuruddin Mahmud al-Zenki.
Masjid Utama al-Aqsa

The Dome of Rock (Qubbat Al-Sakhrah)
The Dome of Rock (Qubbat Al-Sakhrah) adalah salah satu Masjid al-Aqsa atas tanah. Masjid ni yang selalu orang tengok sebagai Masjid al-Aqsa, tapi hanya sebahagian saja sebab The Dome of Rock terletak di tengah-tengah kawasan Masjid al-Aqsa dan merupakan tempat paling tinggi dalam kawasan tu. Dalam Dome of Rock ni juga terdapat batu tergantung yang ingin mengikut Nabi Muhammad SAW naik ke langit ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ukiran halus dan lukisan dalam Dome cantik sangat..



















Okay, masjid bawah tanah dalam Masjid al-Aqsa adalah Masjid Lama Utama al-Aqsa, masjid ni ada dekat ruang bawah tanah di Masjid Utama al-Aqsa tadi.. Dekat masjid ni ada tiang dari zaman Nabi Sulaiman dan jugak perpustakaan yang simpan kitab-kitab Islam. Betapa pentingnya perpustakaan untuk menyimpan segala jenis buku, kitab Islam serta tulisan mengenai al-Aqsa..kalau nak taw details tentang sejarah al-Aqsa dan kisah para anbiya, bolehla minta kebenaran masuk melawat, tapi yang paling penting ialah boleh baca dan paham Bahasa Arab la..
Tiang dalam Masjid Lama Utama al-Aqsa
Perpustakaan
Masjid Buraq
Selain itu, masjid kedua bawah tanah ialah Masjid Buraq, sebab dipercayai tempat Nabi SAW menambat Buraq ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ada satu gelang kecil dalam masjid ni sebagai simbol kepada Nabi SAW menambat Buraq baginda.. harap maaf gambar gelang tu takdak sebab masjid ni nak turun kebawah curam sikit, so ramai sangat orang masuk.. amik gambar luaq jer la.. hihi.. InsyaAllah, kalau ada rezeki lain kali boleh la masuk sampai ke bawah.. Sebelah dinding masjid ni adalah Wailing Wall bagi orang Yahudi yang juga dikenali dengan Western Wall..
Masjid Marwani

Masjid bawah tanah yang ketiga ialah Masjid Marwani (Musalla al-Marwani). Masjid ni sangat luas dan dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan disambung oleh anaknya Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Dalam masjid ni ada satu ruang yang dikenali Mahd al-Isa (Buaian Nabi Isa) dimana ia juga dikatakan tempat tinggal Siti Maryam ketika beliau berkhidmat di dalam Masjid al-Aqsa.
Penjara Jin yang dibina oleh Nabi Sulaiman
Okay next, selain masjid, kawasan al-Aqsa ada Penjara Jin, tempat singgahsana Nabi Sulaiman, Zawiayah al-Khidr (tempat Nabi Khidir bersembahyang) dan tempat Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat dua rakaat dengan para anbiya' sebelum Nabi SAW naik ke langit. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat semasa menziarahi Masjid al-Aqsa, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam dapat dilihat dengan jelas secara fizikal. Sampai setakat ini dulu kisah perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan pengetahuan tentang Masjid al-Aqsa, InsyaAllah next post tentang bumi Palestine, bumi para anbiya' yang terdapat kisahnya dalam Al-Quran.
Sebelum mengakhiri post kali ni, saya Noratikah Nordin ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa, fakta salah, nada perbualan, percakapan, dan pertuturan yang kurang menyenangkan dan maybe ada yang agak menyampah dengan loqhat utara sepanjang rombongan UK44 ziarah umrah ke Palestine, maafkan saya yer..saya perangai memang macam tu, bising sikit dan tak reti nak control nada suara jadi lemah lembut.. Seronok dapat berjalan dengan ramai orang yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.. Ribuan terima kasih kepada pihak ALCC Al-Amin Travel Sdn Bhd yang bertungkus-lumus untuk rombongan kali dan terima kasih jugak kerana memberi peluang kepada kami menjejaki bumi Palestine, Makkah dan Madinah buat pertama kalinya untuk Umrah.. first time ni guna travel agent, selalunya travel mana-mana pon sendiri even sampai Paris pon jalan sesuka hati.. Kalau nak pi Palestine, berhubunglah dengan pihak ALCC. Hampa pasti tak menyesal, cuma rasa macam nak pi lagi..Rindu dah walaupun baru seminggu balik..

Part 2 - http://atieka-myjourney.blogspot.com/2016/04/ziarah-palestine-bumi-para-anbiya-part-2.html

Yang mengembara kerana Allah,
Natikah26
9/4/2016

Friday, 8 April 2016

Knowledge Management is Important


Assalamualaikum..

It's been a long time to update this blog. Baru habes selesaikan pengajian master selama satu tahun setengah dkt Universiti Teknologi MARA Puncak Perdana kos Pengurusan Pengetahuan aka "Knowledge Management". Ramai jugak yang tanya kenapa sambung belajar? kenapa tak keja?.. Pilih nak sambung after degree sebab ada peluang dan rezeki dari Allah, kalau dah keja, kemungkinan nak sambung agak lambat dan banyak komitmen lain. So, tetapkan hati dan percaya pada diri boleh habiskan within the period. Kenapa "knowledge management"? Because nak try sesuatu yang lain dari bidang library management, walaupun knowledge management still under information management field. Okay, kali ni nak cita overall tentang this program. 

Knowledge Capture from Batik Expert in Batu Caves

Knowledge Management (Pengurusan Pengetahuan) dekat Malaysia is still in development phases and new invention to the organization. But, there are several organizations that developed Knowledge Management Centre (KMC) to their employees are Bank Negara Malaysia, Petronas, Maktab Koperasi Malaysia and CyberSecurity. The pioneer of knowledge management centre is Bank Negara Malaysia. Kalau nak taw detail, kena la pi melawat Bank Negara Malaysia.

National Invention, Innovation and Design Puncak Perdana
Knowledge Management (KM) ni cara mudah nak paham adalah macam mana nak uruskan knowledge (tacit/explicit) yang ada dalam diri seseorang. Kita tahu setiap orang ada kelebihan, kepakaran dan pengalaman mereka sendiri, oleh itu macam mana kita nak kumpul that knowledge dari hilang. Every organization has employee, and each of the employees are assets to the organization consists of different kinds and level of knowledge, experience and skills. What if the employee walkout or turnover to other organization, it might be knowledge loss and high cost to train new employee for the current organization.. 


Postgraduate Open Day 2015

There are so many KM initiatives such as knowledge transfer, knowledge audit, knowledge sharing, knowledge capture, knowledge application, knowledge store, knowledge retention and others. Each of the activities has a tool to manage the knowledge includes storytelling, videocapturing, blogging and others. For example, we captured the batik expert knowledge and skills on how to draw and sketch the pictures of batik using video camera. Another group has captured how the blind people read and do their daily life. All this knowledge make me realize that knowledge is powerful, useful and beautiful. Allah created human with difference characters, knowledge, and thinking. 

Itulah serba ringkas tentang knowledge management program. Kalau ada yang salah concept tu harap maaflah yer, saya baru belajar. I am still in the learning process and I know its hard to make the people share their stories, knowledge or skills. The most important issue in KM is the culture, budaya berkongsi dengan orang adalah rendah dkt Malaysia. Banyak lagi yang belajar dalam KM ni contohnya macam corporate taxonomy, competitive intelligence, organizational memory system, data mining, corporate memory, organizational learning, learning organization dan yang paling core adalah research project in KM.

Setelah berhempas pulas setahun setengah dengan macam-macam dugaan, ujian, perasaan manis, pahit, masin, masam, akhirnya Alhamdullilah, tamat juga pengajian Masters in Knowledge Management. InsyaAllah, bulan 11 ni konvo lagi. Next plan, cari kerja la dan bantu mak ayah.. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan, bersyukur atas nikmatNya. Jumpa lagi next time.. 

Best Regards,
NATIKAH26 (070416) 


FIM Postgraduate Dinner 2015