Bismillahirrahmanirrahim..
Ahlan Wa Sahlan Rejab..
Serba ringkas tentang bulan Rejab.. Rejab bulan ketujuh dalam Takwim Hijrah. Rejab bermaksud mengagungkan dan juga "bulan yang dibesarkan atau dimuliakan". Pelbagai peristiwa-peristiwa penting berlaku pada bulan Rejab dan peristiwa yang paling penting iaitu Israk dan Mikraj pada malam 27 Rejab tahun 11 Hijrah. Oleh itu, entry kali ni nak post pasal ziarah dan lawatan ke Palestine yang berlakunya tempat peristiwa Israk dan Mikraj.
Nabi SAW bersabda "
Tidak dianjurkan berpergian kecuali ketiga masjid iaitu masjidku (Masjid Nabawi), Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa" (Hadis Riwayat Muslim)
Melawat Masjidil Aqsa adalah dituntut dan disyariatkan oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Al-Aqsa terletak di bumi Palestine. Bumi yang penuh dengan barakah dimana ia telah disebut dalam Surah Al-Isra' (Ayat 1)
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perhatikan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami".
Mengikuti rombongan kembara universiti kehidupan (UK44) bersama ALCC AL-AMIN TRAVEL dibawah naungan Ustaz Muhammad (Ustaz Amin) dan dibantu oleh 4 orang mutawwif (Ustaz Hafez, Ustaz Amar, Ustaz Samsul, Ustaz Adzim) memberi seribu pengalaman dan ilmu berkaitan para anbiya di bumi Palestine. Sebelum ni ambil subjek Al-Quran dan Al-Sunnah dan juga Pengajian Syariah Islamiah semasa sekolah menengah hanya untuk exam saja, banyak sangat perkara penting yang berlaku dalam sejarah Islam yang terlupa, tak ingat dan tak ambil berat. Even dulu pi sekolah arab petang-petang pon ustaz-ustazah ada ajar tentang kisah nabi, tapi hanya sedikit yang diingati. Rasa terlalu ralat dan sedey. And last year sebelum last semester mula, mak tanya nak ikut umrah ziarah ke Palestine ke tak?.. Bulan 3 katanya,, tapi memang dah azam sebelum ni nak pi umrah dulu sebelum jelajah negara lain, so, amik tawaran dan peluang keemasan ni ikut mak ngan ayah pi..adik pon ikut jugak..tinggal la adik yang last kat umah sorang2..
Alhamdullilah, pada 16 Mac 2016, bermulalah episod perjalanan ke Palestine yang penuh dengan ujian, dugaan dan pengalaman yang tak dak dalam mana-mana buku. Eh, ada kot sikit2 dengan pengalaman orang lain yang penah pi Palestine..hihi..naik flight almost 10 jam sebab dari Penang turun KLIA2, then baru dari KLIA turun dkt Jordan. Tidoq ja lebih atas flight macam tak tidoq 3 hari..hahaha..sampai Jordan pagi subuh, sejuk sampai tulang kot..macam dok London.. hihihi.. Pi makan dulu baru bertolak pi sempadan Jordan-Israel, sebab takut dekat border kena tahan lama.. agak lama la jugak dalam 2 jam dekat border tu..
|
muka kenyang lepas makan.. |
Nak cerita satu jer kat border Israel, ada 6 level kot kalau tak silap nak lepas,, tu tanda orang depa tak percaya dekat orang,, yang pengalaman paling ingat sekali ialah pakai pakaian yang tak sensitif detector even pin tudung pon tak pakai, baju dan seluar yang takdak zip, tudung yang pinless dan takdak manik-manik, bunga-bunga (dok Malaysia mana penah tak pakai pin), punya takut kena tahan.. ada aunty-aunty yang rombongan sekali siap kena bukak kasut taw sebab detector bunyi..kesian betoi.. lepas memang lepas, tapi tak lepas di level ke berapa ntah, pegawai tu amik dan pegang pasport,, gelabah dah la..orang lain tak kena pon..ni andaian sendiri sebab kena tahan pasport ialah muda nampak baik kot (angkat bakul sendiri..hahahaha..) dan pi senyum baik punya dekat dia sebab detector tak bunyi tadi..(padahal ustaz dah cakap dah, buat slumber ja dengan depa,, almaklumlah, excited detector tak bunyi tadi).. okay,, dah melalut.. back to the main reason pasport kena tahan ialah pegawai tu tunjuk dekat pasport tu "you read this and tell me why?".. pasport Malaysia tulis boleh melawat semua country kecuali Israel.. orang lain pasport Malaysia jugak, tak kena pon.. ni lah ujian dan dugaan pertama untuk bersabar.. dah cuak dah ni, senyap tak terkata apa.. tips dia adalah buat muka tak bersalah,, then dia scan beg laptop..nasib baik tak bunyi apa2.. Alhamdullilah, lepas.. masuklah dengan perasaan gembira walaupun ada sedikit kemaharan tadi.. hihi..
Sebelum sampai ke Jerusalem, singgah makan dulu dekat Jericho, the oldest city of the world. Guna Dr. Google kalau nak taw details tempat ni.. hehe.. kawasan yang luas dan dicontrol oleh Israel. Pastu, sambung balik perjalanan ke Jerusalem dengan dikelilingi bukit-bukit dan tanah yang kosong. Sesekali ternampak beberapa khemah orang Palestine di sekitar bukit-bukit tersebut.. Dalam 45 minit, sampai la dekat St. George Hotel, check-in hotel dan siap-siap nak pi Masjid al-Aqsa, perjalanan dari hotel ke Masjid al-Aqsa dalam 700 meter.. Tak terasa jauh sangat sebab lalu kawasan kedai-kedai (menjamu mata jer) dan cuaca sejuk..sampai la Masjid al-Aqsa..Alhamdullilah..akhirnya berjaya dengan izin Allah menjejaki tanah Masjid al-Aqsa..
|
Mihrab Masjid Umar |
Cerita sikit serba ringkas Masjid al-Aqsa, masjid ni meliputi seluruh kawasan seluas 144 ribu meter persegi dan bukan hanya bangunan masjid saja.. Masjid al-Aqsa adalah masjid yang kedua tertua dalam Islam selepas Masjid al-Haram. Dalam kawasan Masjid al-Aqsa sendiri ada 5 lagi buah masjid (2 atas tanah dan 3 bawah tanah). Satu masjid atas tanah adalah Masjid Utama al-Aqsa yang mempunyai beberapa ruang didalamnya termasuklah Maqam al-Arba'in, Mihrab Zakariya, Masjid Umar, dan Mimbar Nuruddin Mahmud al-Zenki.
|
Masjid Utama al-Aqsa |
|
The Dome of Rock (Qubbat Al-Sakhrah) |
The Dome of Rock (Qubbat Al-Sakhrah) adalah salah satu Masjid al-Aqsa atas tanah. Masjid ni yang selalu orang tengok sebagai Masjid al-Aqsa, tapi hanya sebahagian saja sebab The Dome of Rock terletak di tengah-tengah kawasan Masjid al-Aqsa dan merupakan tempat paling tinggi dalam kawasan tu. Dalam Dome of Rock ni juga terdapat batu tergantung yang ingin mengikut Nabi Muhammad SAW naik ke langit ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ukiran halus dan lukisan dalam Dome cantik sangat..
Okay, masjid bawah tanah dalam Masjid al-Aqsa adalah Masjid Lama Utama al-Aqsa, masjid ni ada dekat ruang bawah tanah di Masjid Utama al-Aqsa tadi.. Dekat masjid ni ada tiang dari zaman Nabi Sulaiman dan jugak perpustakaan yang simpan kitab-kitab Islam. Betapa pentingnya perpustakaan untuk menyimpan segala jenis buku, kitab Islam serta tulisan mengenai al-Aqsa..kalau nak taw details tentang sejarah al-Aqsa dan kisah para anbiya, bolehla minta kebenaran masuk melawat, tapi yang paling penting ialah boleh baca dan paham Bahasa Arab la..
|
Tiang dalam Masjid Lama Utama al-Aqsa |
|
Perpustakaan |
|
Masjid Buraq |
Selain itu, masjid kedua bawah tanah ialah Masjid Buraq, sebab dipercayai tempat Nabi SAW menambat Buraq ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ada satu gelang kecil dalam masjid ni sebagai simbol kepada Nabi SAW menambat Buraq baginda.. harap maaf gambar gelang tu takdak sebab masjid ni nak turun kebawah curam sikit, so ramai sangat orang masuk.. amik gambar luaq jer la.. hihi.. InsyaAllah, kalau ada rezeki lain kali boleh la masuk sampai ke bawah.. Sebelah dinding masjid ni adalah Wailing Wall bagi orang Yahudi yang juga dikenali dengan Western Wall..
|
Masjid Marwani |
Masjid bawah tanah yang ketiga ialah Masjid Marwani (Musalla al-Marwani). Masjid ni sangat luas dan dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dan disambung oleh anaknya Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Dalam masjid ni ada satu ruang yang dikenali Mahd al-Isa (Buaian Nabi Isa) dimana ia juga dikatakan tempat tinggal Siti Maryam ketika beliau berkhidmat di dalam Masjid al-Aqsa.
|
Penjara Jin yang dibina oleh Nabi Sulaiman |
Okay next, selain masjid, kawasan al-Aqsa ada Penjara Jin, tempat singgahsana Nabi Sulaiman, Zawiayah al-Khidr (tempat Nabi Khidir bersembahyang) dan tempat Nabi Muhammad SAW mengimamkan solat dua rakaat dengan para anbiya' sebelum Nabi SAW naik ke langit. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat semasa menziarahi Masjid al-Aqsa, peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam dapat dilihat dengan jelas secara fizikal. Sampai setakat ini dulu kisah perjalanan ke Masjid al-Aqsa dan pengetahuan tentang Masjid al-Aqsa, InsyaAllah next post tentang bumi Palestine, bumi para anbiya' yang terdapat kisahnya dalam Al-Quran.
Sebelum mengakhiri post kali ni, saya Noratikah Nordin ingin memohon seribu kemaafan sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa, fakta salah, nada perbualan, percakapan, dan pertuturan yang kurang menyenangkan dan maybe ada yang agak menyampah dengan loqhat utara sepanjang rombongan UK44 ziarah umrah ke Palestine, maafkan saya yer..saya perangai memang macam tu, bising sikit dan tak reti nak control nada suara jadi lemah lembut.. Seronok dapat berjalan dengan ramai orang yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.. Ribuan terima kasih kepada pihak ALCC Al-Amin Travel Sdn Bhd yang bertungkus-lumus untuk rombongan kali dan terima kasih jugak kerana memberi peluang kepada kami menjejaki bumi Palestine, Makkah dan Madinah buat pertama kalinya untuk Umrah.. first time ni guna travel agent, selalunya travel mana-mana pon sendiri even sampai Paris pon jalan sesuka hati.. Kalau nak pi Palestine, berhubunglah dengan pihak ALCC. Hampa pasti tak menyesal, cuma rasa macam nak pi lagi..Rindu dah walaupun baru seminggu balik..
Part 2 -
http://atieka-myjourney.blogspot.com/2016/04/ziarah-palestine-bumi-para-anbiya-part-2.html
Yang mengembara kerana Allah,
Natikah26
9/4/2016